Thursday, July 21, 2011

aku " PEREMPUAN " ....

bismillahirrohmanhirrohim..


wehee ~ ~ erm.. mata tertutup tapi badan gerak-gerak. badan diam-diam tapi mata terbuka.. haiyahh..!! malam nie betul-betul saya tidak dapat tidur ooo.. bukan malam ni jak malam yang lain-lain pon macam tue juga beh..
tapi tidak apa. jom layan blog kejap. manataw ada juga yang hendak tertulis apa yang ingin ditulis. macam kata BEN ASHARi kita berblog bukan sekadar nak melepaskan apa yang terjadi jak , apa-apa pon kita buli tulis.. hehehe.


cerita sal perempuan nie, adooii.. aku dulu sekolah menengah, erm.. mau dikatakan aku nie perempuan, dui jangan cakap buat gaya cam lelaki. perempuan yang memang buat cara perempuan pon aku meluat apatah lagi mau tengok perangai keperempuanan yang dengan penuh gaya lembut gemalai. naik rimas dalam badan nampak perempuan macam tue, walaupon aku nie perempuan. mau dikatakan pakai kasut tumit tinggi nie, adoooii jangan dikira, aku mau pakai sampai kena paksa pon aku tidak mahu pakai. sampai aku naik heran sendiri kenapa perlu hidup cara macam perempuan sangat, gaya lelaki sikit ok apa. kasut sekolah pon bukan main lagi kasut converse. ikut stail ala2 lelaki. bab2 perempuan nie memang tidak dipandang sama sekali seumur hidup aku bersekolah rendah mahupun sekolah menengah.


erm.. betul lar kata orang hidup memang berubah. dari tidak pakai handbag pakai handbag. dari tidak pakai mekap pakai mekap. dari tidak pakai kasut tinggi, sekarang bukan main lagi cari yang tinggi. dari kata kasar ada juga kelembutannya sedikit. dari berkasar bahasa tapi menjadi lembut. iya aku jadi perempuan setelah merantau di negeri orang. siap pakai memang keperempuanan punya. aku menjadi perempuan yang yang semestinya diri aku dari dulu lagi. hahahahahahaha.. aku pon kurang pasti sejak bila aku teringin pakai semua tue, mungkin aku yang semakin dewasa ataupon aku terminat secara tetiba. ataupon putaran dunia yang aku pon mesti menjadi seperti itu. mulut dihiasi dengan lipstik . tangan sentiasa ada handbag. kasut lelaki bertukar menjadi sandle perempuan. itu lar aku yang dulu benci dengan pemakaian perempuan. sekarang menjadi salah satu harian aku di mana- mana aku pergi. pusat membeli belah tempat untuk mencari baju yang sesuai untuk aku sebagai perempuan bukan lagi mencari baju yang bukan untuk ke atas diri aku.. hahhahhahaah.. aku... memang PEREMPUAN.. 

No comments: