Wednesday, June 29, 2011

Kesabaran dan Dugaan daLam kisah hidupKu..

bismillahhirrohmanhirrohim..


dunia ayue sentiasa gembira penuh dengan suka dan penuh dengan duka. emm, sebut bilang kehidupan suka memang banyak itu lar yang dimaksudkan ayue dengan dunianya.. suka memang aku suka dengan kehidupan aku yang dulu penuh dengan gembira dari aku lahir sampai umur aku 16 tahun.. erm, banyaknya kegembiraan dalam kehidupan aku masa tue, aku rasa hari-hari dunia aku penuh dengan kegembiraan. bangun dari tidur aku bernafas dengan kegembiraan, masuk tidur aku penuh juga dengan kesukaan.. hari-hari aku dipenuhi dengan kehidupan yang begitu riang sekali, ada juga kanak-kanak masa kecil tidak merasa kesoronokan time zaman kekanakan tapi aku sudah merasa itu dari aku kecil sehingga aku berumur 16 tahun.. erm, ayue dengan dunianya yang begitu indah sekali diapit dengan kedua ibubapa yang begitu prihatin setiap langkah dijaga dengan rapi.. begitu juga dengan adik-beradik yang sentiasa disisi untk bermain sama-sama .. kehidupan duniaku bagaikan sebuah keluarga yang begitu cukup sempurna.. sempurna sekali dimata semua.. sehingga dipanggil keluarga " BAHAGIA " dikalangan sanak saudara.. tidak ka dunia ayue begitu gembira di saat semua itu.. 


tapi..............................................................................................


semua itu hanya sementara, betul lar kata orang setiap kegembiraan jangan lupa untuk bersyukur dan jangan pula terlalu megah dengan semua yang ada. jika semua sudah ditarik apa yang ada lagi hanya kesabaran di dalam diri paling penting.. erm, semua jadi malap, kelam, tidak berdaya dalam semua ayue dan kehidupannya.. erm, mahu diputar balik masa yang dulu tapi apakan daya masa tetap berjalan tanpa berhenti walau seketika. kehidupan ayue yang bahagia jadi malap dengan tiba-tiba.. iya malap dengan umur masih muda. 16 tahun masih dianggap keanak-anakkan.. pertama kalinya ibu yang dicintai pergi meninggalkan diri yang sudah terbiasa dengan belaiannYa sejak kecil sehingga aku berumur 16 tahun.. pemergian menjadi satu titik tolak aku disuruh untuk bersabar oleh sanak saudara.. iya hanya untuk bersabar ketika itu, yang pergi tetap pergi.. ingatkan kesabaran hanya pada saat itu sahaja, saat ibu pergi meninggalkan bapa aku, abg aku 3 orang dan aku juga..


ketika itu hanya, aku sangka kesabaran dan dugaan hanya ketika itu bukan untuk hari yang lain... tapi........................................


bukan untuk itu sahaja kesabaran dan dugaan dalam kisah hidupku.. langkah demi langkah aku terpaksa bersabar, kehidupan keluarga yang dianggap begitu bahagia selama ini, menjadi kucar-kacir, sana sini menjadi bualan orang ramai.. erm. dan aku.. aku... aku.. bukan seorang yang sangat tabah untuk terima semua dugaan itu, aku tidak pernah diajar untuk bersabar dan menerima banyak dugaan. aku tidak pernak merasa sehingga lar aku berumur 16 tahun. baru aku tahu setiap dugaan mesti ada dalam kamus hidup seseorang.. aku diduga dengan pelbagai masalah, masalah datang dengan sekelip mata, masalah yang aku tidak tahu bagaimana untuk mengelakkannya, ayah aku khawin lagi, aku terima dengan hati yang redha walaupun tanah kubur ibuku ketika itu masih merah, aku terima alasan ada orang yang akan jaganya bila tua.. aku dengar orang cakap, aku terima maka ayahku khwin dengan muka yang gembira... dan aku... aku.. aku redha..


aku ingat dugaan sudah melepasi atas diriku.. tapi...........................................................................


hanya Allah sahaja yang tahu apa yang jadi atas diriku.. keluarga ku adik beradikku.. erm, apa nak jadi dengan mereka, aku mengambil ikhtiar yang terakhir untuk bersetuju belajar di luar negeri.. kerana alasan untuk aku lebih menimba ilmu yang banyak, tapi sbenarnya aku ingin lari dari semua masalah.. aku lari dari masalah tapi masalah tetap jumpa aku.. aku lari tetap ada masalah. abg aku yang teman sepermainan ku dahulu menjadi teman menyakitkan hati aku, aku ingin sekali menasihati agar jangan terlalu lebih kan kawan daripada keluarga sendiri. rumah dijadikan sarang lepak sana sini.dan aku hanya diam seribu bahasa atas desakan abg2 yang lain jgn masuk campur, sabar jak.. kesabaran lagi yang perlu ada. dan ayahku seperti tidak tahu apa yang terjadi denga keluarga ku sekarang.. erm., sampai lar umur aku masuk 20 tahun setiap kesabaran dan dugaan datang kepadaku aku terima apa sahaja. kerana aku sudah belajar erti redha dan pasrah.. aku yakin suatu hari nanti ada hikmah semuanya.. aku berterima kasih kepadamu Ya Allah kerana mengambil ibuku dengan lebih awal agar ibuku tidak merasa apa yang aku rasakan sekarang.. sehingga sekarang aku masih menunggu setiap dugaan pasti ada hikmahnya. kesabaran perlu atas diriku. kini aku belajar apa erti sabar dan redha setiap yang berlaku, jika tidak seperti ini aku masih dibuai dengan mimpi yang indah.. 


sekarang aku paham mengapa kehidupan tidak selalunya bahagia.. kerana ada lagi kehidupan yang bahagia sedang menanti kita.. dunia hanya sementara tapi akhirat selama-lamanya..





No comments: