Thursday, June 30, 2011

" Sampai Akhirat "

bismillahirrohmanhirrohim..


hari ini kisah aku lain dari yang lain, hehehe.. pada jam 1.45 pagi aku tengok nie cerita, aku memang mahu betul tengok cerita nie, tapi baru tadi aku dapat dari kawan-kawan aku.. aku nampak dari iklan TV jak nie cerita, memang aku tertarik betul dengan cerita nie, sebab aku minat pelakon dia FAUZI NAWAWI.. kalau dia berlakon memang aku respect 10o peratus.. hehehehehe..


aku bukan mau cerita pasal pelakon dia aku mau cerita pasal filem dia yang boleh mencairkan air mata aku nie, huhuhuh.. tidak aku sangka buli-buli aku nangis oleh cerita nie jak, aku memang feel betul tengok cerita nie tadi.. baru jak abis aku tengok dalam jam 3.03 pagi.. jadi aku pon mau terus update blog aku pasal filem nie.. ermm... marilah aku cerita sikit-sikit pasal movie nie, manataw ada yang belum tengok kan..


cerita dia nie mengisahkan MUBARAK ( fauzi Nawawi ) nie seorang yang JAHAT lar dalam cerita nie, tapi pada masa yang sama dia nie pandai berlakon dengan orang kampung. orang kampung anggap dia nie anak paling baik lar, taat dengan ibubapa, ringan tulang padahal dalam semua tue dia ada niat disebalik semua tue. dalam cerita nie mubarak nie bagi duit sama ibubapa dia 60,000 untuk naik HAJI. siapa tidak bangga ada anak yang macam tue, tapi duit tue adalah hasil duit haram yang dia buat di bandar maju iaitu KL. ibubapa dia sangka duit dari dia kerja yang halal lar. suatu hari Mubarak nie balik lar kampung untuk berjumpa ibubapa dia, so masa dia di kampung tue dia nampak lar seorang perempuan yang cantik jelita ( dipegang watak oleh isteri sendiri Lisdawati ) .. so mula lar dia dengan perangai yang baik serta ibubapa perempuan begitu bahagia sekali kalau anak perempuan dorang disatukan dengan si Mubarak ni konon.


dipendekkan cerita, Noridah ( lisdawati ) nie tahu sudah segala rahsia si Mubarak nie apa yang dia buat di bandar, jadi dia balik kampung intuk berjumpa keluarga dia. so ibubapa Mubarak pon tahu lar gaya sebenar anak dia nie, jadi ibubapa dia marah sampai tidak dapat maafkan anak sendiri sehingga memalukan mereka dan mengenakan mereka memakan duit haram yang dia berikan selama ini. dipendekkan cerita lagi, setelah semua itu terjadi, jadi si Mubarak nie dapat lar balasan dia sehingga seluruh badan dia luka-luka dan berbau yang sungguh busuk yang tidak dapat tahan oleh orang kampung yang datang untuk melihatnya. disebabkan ibubapa Mubarak tidak ingin memaafkan Mubarak jadi TOK IMAM kampung yang menjaganya sehingga dia tenat. yang biikin menarik cerita nie, ada syaitan dalam cerita nie menghasut Mubarak dan begitu senang sekali sehingga Mubarak mengikuti jejaknya. Mubarak seorang jak yang nampak Syaitan tue, sehingga Mubarak meraung-raung agar tidak diganggu oleh Syaitan tersebut dan ingin bertaubat dengan apa yang telah dia lakukan..


erm.. kalau mau cerita yang lebih lanjut tengok lar cerita " SAMPAI AKHIRAT " tengok di TV3 on9 ada kali.. best cerita dia macam mana Syaitan tueboleh lenyap dan apa yang terjadi dengan Mubarak. adakah dia dimaafkan oleh ibubapanya dan Noridah juga ataupun tidak.. so jangan lupa tengok ar. movie nie lama sudah juga tapi bagi banyak keinsafan pada semua orang.. so jangan lupa tengok..!!! hehehe..

No comments: